Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,410 kes baru, jumlah kes aktif meningkat
Diterbitkan:  May 13, 2022 9:20 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Sebanyak 3,410 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 4,470,471.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 26,826 dan dalam trend peningkatan untuk dua hari berturut-turut, dengan bilangan kes baru melebihi jumlah pesakit sembuh.

Namun, kadar kemasukan ke hospital masih dalam kawalan selepas musim Hari Raya dengan semua negeri dan wilayah persekutuan mencatatkan kadar penggunaan katil di bawah 80 peratus.

Bilangan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) turut meneruskan trend penurunan.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (1,691)

Kuala Lumpur (455)

Perak (199)

Negeri Sembilan (195)

Pulau Pinang (192)

Melaka (136)

Johor (126)

Kedah (83)

Putrajaya (79)

Pahang (57)

Sabah (57)

Sarawak (54)

Terengganu (34)

Kelantan (32)

Perlis (10)

W.P. Labuan (10)

INSERT ACTIVE CASES CHART EMBED:

Sebanyak empat lagi kematian dilaporkan semalam.

Sejak minggu lepas, purata 4.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 8.7, yang menunjukkan pola menurun.

Sebanyak 55 korban akibat Covid-19 bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 564 laporan kematian bulan lepas dan 2,235 kematian pada bulan Mac.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,602 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Kini seramai 1,328 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan 51 orang dalam ICU.

Bilangan kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Johor (142) disusuli dengan Selangor (141) dan Sabah (70).

Walaupun jumlah kemasukan harian meningkat sepanjang minggu lalu, bilangan pesakit dalam ICU menurun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS