Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sumber: 200 warga India mangsa ejen haram dihalang masuki M'sia

Kira-kira 200 rakyat India didakwa dinafikan daripada memasuki negara ini selepas diberikan arahan Not-to-Land (NTL) oleh Jabatan Imigresen, kata sumber di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Menurutnya kebanyakan warga asing terbabit dipercayai individu yang sudah mengeluarkan belanja kepada ejen tidak sah untuk membawa mereka bekerja di negara ini.

Dakwaan itu muncul selepas Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur memberitahu "beberapa" warganegaranya diberikan arahan NTL selepas gagal menunjukkan bukti yang diperlukan sebelum memasuki negara ini.

Antara keperluan yang diperlukan Jabatan Imigresen ialah bukti mereka mempunyai wang yang mencukupi, tempat tinggal dan tiket kembali semula ke negara asal.

Sementara itu sebuah pertubuhan advokasi berpangkalan di India mendakwa, seramai 197 rakyat negara ini dihantar pulang selepas mereka dilarang memasuki negara ini.

Penyelaras Pravasi Legal Cell Malaysia dan Singapura, Zahir Hussain, memberitahu Malaysiakini seramai 110 daripada mereka mempunyai tiket pergi dan balik manakala selebihnya dihantar pulang menaiki pesawat udara penerbangan tambang murah.

Menganggap ia sebagai "masalah serius" Zahir berkata mereka diterbangkan balik ke Bangalore pada Jumaat lalu.

Zahir berkata pekerja terbabit cuba memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pelancong dan setiap seorang daripada mereka membayar hampir RM8,500 kepada ejen haram untuk memasuki negara ini.

"Mereka dijanjikan kebenaran khas untuk bekerja di Malaysia.

"Kami sedang menghasilkan bahan-bahan kesedaran untuk disebarkan kepada pihak yang mungkin menjadi mangsa, tetapi nampaknya sudah ada yang terpedaya," katanya.

Tambah Zahid, mangsa penipuan ejen haram itu datang dari pelbagai tempat di India dan bukannya terhad di Tamil Nadu atau Kerala.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS