Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fahmi Reza berhasil perbaharui pasport
Diterbitkan:  May 9, 2022 4:29 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Aktivis dan artis grafik Fahmi Reza hari ini memaklumkan dia berhasil memperbaharui pasportnya untuk ke luar negara.

"Akhirnya dengan bantuan kakitangan dan pegawai Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Putrajaya, aku dah berjaya renew pasport aku!

"Pegawai imigresen tu bagitahu aku, 'Aku suka apa yang kau buat. Teruskan berkarya'," katanya di Facebook.

Bulan lalu, Fahmi memaklumkan dia tidak dibenarkan memperbaharui pasport kerana disenaraihitamkan dari ke luar negara.

Fahmi berkata dia diberitahu bahawa Bukit Aman telah meletakkan namanya dalam senarai hitam.

Fahmi kini sedang disiasat susulan karya grafiknya, yang sering menyentuh isu sosial dan individu berkuasa, termasuk golongan istana.

Pada 10 Feb lepas dia juga didakwa mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik karya seni yang disifatkan "menghina menteri".

Fahmi sebelum ini mempertikai tindakan pihak berkuasa menyekatnya untuk memperbaharui pasport, dengan membandingkan dirinya dengan individu yang diberi kebenaran ke luar negara meski disabit bersalah atas kesalahan rasuah.

Dia merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan dengan rasuah, tetapi sedang merayu keputusan itu.

Pada 2017, Fahmi juga dilarang ke luar negara susulan siasatan ke atasnya berhubung karikatur badut yang menyerupai Najib.

Larangan itu dibatalkan selepas polis mengeluarkannya daripada senarai "dikehendaki".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS