Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM Singapura bakal terima darjah kebesaran Johor
Diterbitkan:  May 5, 2022 9:29 PM
Dikemaskini: 1:57 PM

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching bakal dianugerahkan darjah kebesaran utama negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu majlis di Johor pada Jumaat (6 Mei), lapor The Straits Times.

Memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), menurut laporan itu Lee dan Ho akan melawat Johor bagi menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Istana Besar di Johor Bahru.

Lee bakal dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ).

Sebelum ini bekas perdana menteri Lee Kuan Yew dan bekas menteri undang-undang EW Barker pernah menerima anugerah sama pada 1984 diikuti bekas perdana menteri Goh Chok Tong pada 1991.

Sementara itu, Ho menjadi warga Singapura pertama dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).

Lee dan isteri akan diiringi Menteri Hal Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam, dan pegawai PMO dan kementerian Luar, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi dan Penerangan.

Sultan Ibrahim juga akan meraikan Lee dan Ho dalam jamuan tengah hari.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS