Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Gangguan air di 472 kawasan Lembah Klang mulai 3 petang
Diterbitkan:  May 3, 2022 3:10 PM
Dikemaskini: May 4, 2022 12:50 AM

Sebanyak 472 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air pada hari kedua Hari Raya Aidilfitri berikutan pencemaran yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata kejadian itu menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara pada 6.15 pagi dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (WTP Bukit Tampoi) pada 11:30 pagi hari ini.

Insiden itu menjejaskan terutamanya kawasan bekalan Air Selangor di Petaling (172 kawasan) dan Sepang (196 kawasan). Kawasan lain yang dilanda pemotongan air ialah Hulu Langat (54 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

Kawasan ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada jam 3 petang hari ini.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas. Para pengguna dikawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal," kata Luas pada satu kenyataan.

Ini kali kedua kejadian serupa berlaku dalam tempoh empat hari di stesen pam air yang sama.

Pada 30 April, pemotongan air melanda kira-kira 463 kawasan di Lembah Klang berikutan pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS