Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tengok filem lucah dalam parlimen: MP UK letak jawatan 
Diterbitkan:  May 1, 2022 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Anggota parlimen British daripada pihak kerajaan Neil Parish meletakkan jawatan kerana menonton filem lucah melalui telefon bimbitnya ketika sidang parlimen.

Dia mengaku melakukan perkara itu dua kali, menyebabkan dia digantung oleh partinya–Konservatif–yang dipimpin oleh Perdana Menteri Boris Johnson.

Dia sebelum itu melaporkan dirinya sendiri kepada pesuruhjaya standard parlimen British yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan pelanggaran peraturan dewan.

Parish yang sebelum ini berkata akan bertugas seperti biasa sehingga siasatan selesai bagaimanapun mengubah pendirian.

“Pada akhirnya saya dapat lihat kemarahan awam dan kerosakan hasil daripada apa yang saya lakukan kepada keluarga dan penyokong kawasan saya, tidak berbaloi untuk diteruskan,” katanya daam wawancara di BBC pada Sabtu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS