Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua pekerja Cina? Bonia beri penjelasan
Diterbitkan:  May 1, 2022 11:57 AM
Dikemaskini: 4:21 AM

Bonia berkata mereka sentiasa meletakkan kepentingan mempromosikan kepelbagaian dan keterangkuman.

Jenama fesyen terkemuka yang beribu pejabat di Malaysia itu berkata demikian selepas tular video pekerjanya berkaitan keseronokan bekerja di tempat itu.

Bagaimanapun, berdasarkan video, pengguna maya tampil mempersoalkan sama ada Bonia hanya mempunyai pekerja berbangsa Cina.

Dalam kenyataan hari ini, Bonia berkata video itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Sedangkan, katanya, daripada lembaga pengarah, kakitangan pengurusan dan pejabat serta barisan hadapan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Sila ambil maklum bahawa kami secara aktif memupuk kepelbagaiaan dalam dasar pengambilan dalaman dan protokol untuk melatih kakitangan,” kata Bonia.

Video itu asalnya dimuat naik oleh seorang pekerja Bonia di TikTok bagi menceritakan pengalaman sebulannya. 

Dalam video 45 minit itu, pekerja itu menceritakan berkaitan ruang kerja yang selesa, makan tengah hari percuma sekali sebulan, lawatan lapangan dan pemberian hadiah pada sambutan hari tertentu.

Semakan terkini bagaimanapun mendapati ia tidak lagi ada di situ.

Video itu bagaimanapun dikongsi kembali di platform lain oleh pengguna lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS