Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Saya hanya nak tambah keceriaan raya, kata Armishah

Tiada niat lain selain untuk menambah keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah, Armishah Siraj berhubung papan iklan ucapan hari rayanya yang tular di media sosial.

Armishah berkata, apatah lagi pelbagai sekatan yang memadamkan kemeriahan Hari Raya sejak dua tahun lalu ekoran penularan wabak Covid-19 kini sudah tiada.

"Sudah dua tahun kita tak dapat beraya sebab perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Jadi tahun ini, untuk menambahkan keceriaan suasana Aidilfitri, saya tumpang-tumpang ucap sama," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, papan iklan ucapan Hari Raya Aidilfitri oleh Armishah yang didirikan di beberapa simpang jalan di sekitar kawasan Parlimen Langkawi tular di media sosial.

Rata-rata mempersoalkan kehadiran papan iklan tersebut yang merasakan tidak wajar untuk seorang ketua setiausaha sulit menyampaikan ucapan di papan iklan secara sendiri.

Selain itu, mereka juga membangkitkan tindakan memasang papan tanda itu hanya di Parlimen Langkawi.

Berkenaan perkara itu, Armishah ringkas menjawab yang Langkawi adalah kampungnya.

"Langkawi kampung saya. Saya tak mahulah ada buruk sangka pada sesiapa di bulan yang baik ini.

“Jadi, marilah sama-sama kita bersangka baik pada semua," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS