Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jurujual terlepas tali gantung dakwaan edar 8kg ganja
Diterbitkan:  Apr 28, 2022 8:10 PM
Dikemaskini: 11:59 PM

Seorang lelaki terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Hayati Haji Mat telah memerintah pembebasan Gunalan Pakiam, 33 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap jurujual itu yang dituduh mengedar dadah seberat 8.02 kilogram pada 2019.

"Pihak pendakwaan telah gagal untuk mengecualikan akses oleh orang lain ke atas dadah-dadah yang dirampas memandangkan rumah tersebut bukan disewa oleh tertuduh.

"Selain itu, terdapat pemilik kereta individu lain yang terletak di garaj rumah terkunci kereta tersebut tidak dijumpai di tubuh badan tertuduh.

"Tidak ada cap jari mahupun DNA tertuduh ke atas dadah," katanya.

Untuk rekod, Gunalan ditahan pada 12 Jan 2019 di Eco Summer, Johor Bahru oleh 13 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ibu pejabat kontinjen Johor.

Selain ganja, Pakiam juga dibebaskan kesalahan mengedar dadah berbahaya berat bersih 647.11 gram Heroin dan Monoacetylmorphines, 258.84 gram Heroin, 388.27 gram Monoacetylmorphine, 6801.96 gram Methamphetamine, dan 111.52 gram iaitu Methylenedioxymethamphetamine.

Ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B akta yang sama yang yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguamnya Mohd Daud Ismail yang mewakili Gunalan berkata bahawa mahkamah juga telah memerintah bahawa barang-barang kes yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan dikembalikan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan susulan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS