Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pesuruhjaya Suhakam sifatkan tempoh perkhidmatannya 'memeritkan'

Memeritkan: Itu yang akan diingati oleh anggota Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph mengenai tempoh enam tahun perkhidmatannya.

Bagaimanapun, keperitan itu bukan dialaminya, tetapi oleh mereka yang paling kurang bernasib baik dalam masyarakat yang didokumentasikan oleh Suhakam.

"Saat-saat paling diingati ialah bercakap dengan mereka yang benar-benar terdesak. Mereka mungkin orang tanpa kerakyatan di Sabah atau banduan. Apa yang mereka minta ialah keadaan bertambah baik.

"Kami bercakap dengan semua pengadu. Mereka beritahu kami tentang keperitan yang tidak pernah diselesaikan," kata Joseph kepada Malaysiakini.

Joseph adalah antara lima pesuruhjaya Suhakam yang menamatkan penggal kedua perkhidmatan mereka semalam. Mengikut undang-undang, kelima-lima mereka tidak layak untuk berkhidmat buat penggal ketiga.

Daripada kumpulan itu, dua pesuruhjaya - Mah Weng Kwai dan Nik Salida Suhaili Nik Saleh - menjalankan siasatan awam Suhakam mengenai kehilangan Amri Che Mat dan Raymond Koh.

Laporan akhir panel ini telah membuat kesimpulan bahawa Amri dan Koh adalah mangsa "kehilangan secara paksa" dan menyalahkan polis cawangan khas.

Joseph adalah sebahagian daripada siasatan awam mengenai kehilangan Joshua Hilmy dan isterinya Ruth. Dua lagi ahli panel ialah Mohd Hishammuddin Md Yunus dan Madeline Berma. Seperti Joseph, Berma juga menamatkan perkhidmatan dua penggalnya semalam.

Siasatan awam mendapati bahawa Joshua dan Ruth telah diculik, tetapi bukan oleh "ejen kerajaan".

Mengimbas kembali penyertaannya dalam panel Suhakam itu, Joseph berkata ini adalah satu lagi pengalaman yang memeritkan kerana beberapa nyawa menjadi taruhan.

"Menganggotai panel itu, di fikiran kami, kami sentiasa tertanya-tanya: Adakah mereka masih hidup?

"Panel kami boleh terus menyiasat, tetapi kuasa untuk bertindak masih terletak pada kerajaan. Sehingga itu, kami masih tidak tahu sama ada (Joshua dan Ruth) masih hidup atau tidak," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS