Dikemas kini dengan berita penuh.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir pada 23 Februari lalu mendakwa Zahid pernah meminta siasatan kes rasuah terhadap presiden Umno itu dihentikan.
Zahid dalam pernyataan tuntutan yang difailkan minggu lalu menafikan bertemu Mahathir, ketika itu perdana menteri, bagi membincangkan kes mahkamah atau tindakan agensi kerajaan terhadapnya.
Zahid justeru mendakwa kenyataan Mahathir sebagai fitnah dan berniat jahat.
Mahathir pada 2 Mac menafikan memfitnah Zahid dalam jawapan terhadap notis saman.
Zahid memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi terhadap Mahathir, pegawai dan ejennya daripada mengulangi kenyataan yang didakwa memfitnah itu.
Dia juga mahu Mahathir berusaha memadam atau menyunting semula rakaman berkaitan dakwaan itu yang disiarkan di media massa.