Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kad debit Maybank kembali boleh digunakan
Diterbitkan:  Apr 25, 2022 1:29 PM
Dikemaskini: 7:38 AM
  • Dikemas kini dengan perkembangan terkini.

Kad debit, aplikasi telefon pintar M2U dan perkhidmatan perbankan melalui laman web Maybank kembali boleh digunakan.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, paparan sejarah transaksi kad debit dan M2U masih sedang cuba dipulihkan.

Perkara itu diumumkan Maybank sebentar tadi selepas gangguan perkhidmatan pelbagai kemudahannya tengah hari ini.

Dalam kes kini di media sosial, Maybank juga berkata setakat ini sistem pembayaran FPX dan aplikasi MAE masih belum pulih.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. 

Terima kasih kerana bersabar dan memahami,” kata Maybank.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS