Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,624 kes baru Covid-19, korban bertambah 9 orang
Diterbitkan:  Apr 24, 2022 11:22 AM
Dikemaskini: 3:22 AM

Sebanyak 5,624 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 4,427,067 kes.

Kes aktif kini berjumlah 80,978, turun 44.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (3,583)

Kuala Lumpur (565)

Perak (312)

Negeri Sembilan (265)

Pulau Pinang (169)

Sarawak (134)

Johor (129)

Melaka (95)

Kedah (94)

Putrajaya (82)

Pahang (75)

Sabah (65)

Kelantan (23)

Terengganu (21)

Labuan (9)

Perlis (3)

Sembilan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya berlaku di luar hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 11 orang meninggal dunia akibat wabak itu, manakala purata 28 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan penurunan.

Sebanyak 35,491 kematian direkodkan sejak wabak ini melanda pada Mac 2020.

Setakat bulan ini, sebanyak 508 kematian dilaporkan berbanding 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 pada bulan sebelumnya.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Kedah (6) diikuti Johor (1), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Sebanyak 1,605 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 89 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan ke hosiptal tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (199) diikuti Johor (80) dan Sabah (70).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS