Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,342 kes baru Covid-19, 12 kematian
Diterbitkan:  Apr 23, 2022 9:05 AM
Dikemaskini: 1:05 AM

Sebanyak 6,342 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,421,443 kes.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan 12 kematian baru akibat Covid-19, di mana dua berlaku di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu setakat ini adalah seramai 35,482 orang.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (3,819)

Kuala Lumpur (716)

Negeri Sembilan (344)

Perak (343)

Pulau Pinang (223)

Sabah (149)

Sarawak (142)

Johor (134)

Melaka (124)

Putrajaya (105)

Kedah (91)

Pahang (61)

Terengganu (39)

Kelantan (34)

Labuan (11)

Perlis (7)

Kes aktif kini berjumlah 85,404, turun 44.3 peratus berbanding dua minggu lalu.

Daripada 12 kematian baru yang direkodkan, Johor mencatatkan tiga kematian, Melaka (3), Pulau Pinang (2), Selangor (2), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Purata sebanyak 12 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 sepanjang minggu lalu, manakala purata 29 kematian berlaku dalam tempoh 30 hari, sekaligus menunjukkan aliran menurun.

Sebanyak 499 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini berbanding 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian bulan sebelumnya.

Sementara itu sebanyak 1,657 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 91 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi iaitu sebanyak 172 diikuti Johor (79) dan Sabah (55).

Sehingga 21 April, kadar kebolehjangkitan adalah 0.81, sekali gus menunjukkan penularan Covid-19 semakin perlahan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS