Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah: Rafizi beri ‘komen adil’ terhadap NFC
Diterbitkan:  Apr 21, 2022 1:40 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Mahkamah Persekutuan memutuskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak memfitnah Pengerusi Eksekutif  National Feedlot Corporation Sdn Bhd ( NFCorp) Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya susulan dakwaan salah guna dana kerajaan.

Mahkamah memutuskan bekas anggota parlimen Pandan membuat kenyataan itu tanpa niat jahat dan membuat komen berkaitan secara adil, menurut Bernama.

Rafizi juga, menurut mahkamah, setelah percaya dengan jujur bahawa dakwaannya benar, menjalankan tugas untuk mendesak ketelusan dalam penggunaan dana awam.

Salleh pada 2013 memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi kerana mendakwa dia dan NFCorp menggunakan pinjaman RM71 juta daripada kerajaan sebagai cagaran untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS