Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dokumen 'PASleak': Pemimpin Umno tuntut penjelasan
Diterbitkan:  Apr 20, 2022 12:19 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Pemimpin dan veteran Umno menuntut penjelasan daripada Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan dalam dokumen 'bocor' yang mendakwa terdapat gerak kerja pemimpin PAS untuk percaturan politik, yang antaranya menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.

Desakan itu dibuat setelah muncul dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat yang merekodkan perbincangan mereka dengan pemimpin-pemimpin kanan Bersatu, serta bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin Umno Hishammuddin Hussein.

Di pihak Bersatu, pertemuan didakwa dibuat dengan Menteri Kanan Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Dokumen yang disebut sebagai “PASleak” itu antaranya menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Presiden Umno Zahid Hamidi dan dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengambil sikap tunggu dan lihat jika ada penafian dibuat mana-mana pihak berkaitan berhubung political engagement dikaitkan dengan pemimpin sebuah parti politik.

Jelas Ahmad Zahid, dia menyerahkan kepada rakyat dan ahli Umno untuk menilai sendiri selain berserah kepada Allah atas apa yang berlaku.

“Saya berserah hanya kepada Allah, dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya yang Maha Agung lagi Maha Kuasa,” katanya.

Ahmad Zahid turut berkongsi hantaran dibuat veteran Umno dan bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.

Sementara itu anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek, berkata oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

Veteran Umno yang juga bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad, pula menimbulkan kebimbangan tergadap dakwaan komplot dalam kes mahkamah.

“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem judiciary dan kehakiman negara,” kata orang lama Umno Johor itu.

Katanya, jika benar wujud campur tangan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin seperti didakwa dalam laporan itu, maka sudah tentu wujud konspirasi dengan pihak lain yang berkaitan.

"Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem judiciary dan kehakiman negara.

"Pendedahan laporan risikan politik PAS ini sudah lama berlaku. TSMY (Muhyiddin) ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan," tulis Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebooknya.

Beberapa nama pemimpin Umno turut dikaitkan dengan minit mesyuarat yang tular itu.

Shahrir berkata, berdasarkan laporan itu sekurang-kurangnya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh bertanyakan perkara itu kepada peguam negara.

"Tak susah sebenarnya kalau nak cari kebenaran dalam hal ni," katanya lagi.

Walaupun yakin pihak yang dinamakan itu akan berdiam diri, Shahrir berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sekurang-kurangnya boleh bertanya langsung kepada pihak terlibat.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas pihak-pihak yang disebut dalam dokumen itu.

Portal ini tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS