Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,069 kes baru, 12 kes kematian
Diterbitkan:  Apr 20, 2022 9:08 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 6,069 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 4,402,234 kes.

Kes aktif pada masa ini sebanyak 92,040, menurun 43.2 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri:

Selangor (3,180)

Kuala Lumpur (830)

Negeri Sembilan (470)

Perak (265)

Pulau Pinang (237)

Melaka (225)

Johor (179)

Sarawak (160)

Kedah (124)

Terengganu (124)

Pahang (90)

Sabah (79)

Kelantan (49)

Putrajaya (47)

Perlis (6)

Labuan (4)

Sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan, dengan seorang pesakit mati ketika dibawa ke hospital (BID).

Sepanjang minggu lepas, purata 15.4 kes kematian Covid-19 telah dilaporkan, sementara purata untuk 30 hari lalu adalah 35, menunjukkan trend penurunan.

Setakat ini, seramai 35,449 orang telah meninggal akibat wabak ini.

Terdapat 466 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Kes kematian tertinggi semalam dilaporkan di Perak (5), disusuli dengan Johor (3) dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang dan Putrajaya.

Terdapat 1,988 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 97 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Kadar kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (192) diikui dengan Johor (112) dan Sabah (70).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS