mk-logo
Berita
Polis cekup lelaki tular tak pakai pelitup muka di Ampang
Diterbitkan:  Apr 19, 2022 4:29 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Video viral seorang lelaki enggan memakai pelitup muka di pasaraya Village Grocer telah membawa kepada penahanan malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah.

Ashari berkata lelaki berusia 44 tahun itu secara sukarela memberikan keterangan kepada polis pada jam 8.30 malam tadi di ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju, selepas menyedari video dirinya tular.

Ini menyebabkan polis menahannya untuk siasatan lanjut, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan atas tindakan melulu yang boleh menyebabkan penularan penyakit berbahaya yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan menghina, dan Peraturan 18 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Pada Ahad, balai polis Wangsa Maju menyiarkan siaran media berhubung video itu.

Ia menggambarkan suspek, tanpa pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai keselamatan yang bertugas di pasaraya berkenaan di Ampang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS