Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tiada kesatuan sekerja di kebanyakan syarikat amal buruh paksa'
Diterbitkan:  Apr 19, 2022 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Kebanyakan syarikat yang dilaporkan terlibat dalam amalan buruh paksa di negara ini tidak mempunyai kesatuan sekerja, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Oleh itu, setiausaha agungnya Kamarul Baharin Mansor menggesa kerajaan memperkasa kesatuan sekerja dengan mewajibkan setiap syarikat mempunyai kesatuan sekerja.

"Kesatuan sekerja boleh menjadi mata-mata kepada kerajaan dengan melakukan pemeriksaan kendiri terhadap syarikat.

"Dasar ini selaras dengan raktifikasi kerajaan pada kovensyen 98 (C98) Pertubuhan Buruh Antaranbangsa iaitu Hak untuk Mengorganisasi dan Perjanjian Bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata MTUC mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan dengan Kedutaan USA bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berkaitan buruh paksa.

Menurut Kamarul, dalam kunjungan itu pihaknya memaklumkan yang mereka perlu dilibatkan dalam sebarang siasatan berkenaan buruh paksa di Malaysia.

"Keterlibatan MTUC dalam isu buruh paksa bagi menjamin kesejahteraan pekerja-pekerja asing dan menjaga kepentingan pekerja secara keseluruhannya," katanya.

Kamarul juga menyeru seluruh syarikat di negara ini untuk berkerjasama dengan MTUC dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi membenteras aktiviti buruh paksa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS