Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Takiyuddin: Terima kasih Mat Sabu
Diterbitkan:  Apr 18, 2022 6:07 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Kenyataan terkini Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan bahawa PAS tiada hubungan dengan pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15, kata PAS.

"PAS mengucapkan terima kasih di atas kenyataan presiden Amanah,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. 

Takiyuddin berkata, PAS sepanjang masa konsisten mendukung kerajaan yang diterajui bersama oleh BN, Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan Star. 

"PAS amat yakin pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan bumiputera adalah formula yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia," katanya.

Takiyuddin Hassan

Terdahulu Mohamad dalam kenyataannya menegaskan bahawa Amanah menghormati perbezaan pandangan mengenai pendekatan 'Khemah Besar' dalam parti-parti pembangang bagi menghadapi PRU15.

Bagaimanapun Mohamad menegaskan pendekatan itu tidak akan merangkumi parti-parti dalam kerajaan iaitu Umno, Bersatu dan PAS. 

Sementara itu Takiyuddin berkata, PAS juga melalui pendekatan politik matang dan sejahtera sentiasa komited dan sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian. 

"Apa yang penting dalam era pascapandemik ini adalah kepentingan rakyat dan negara diutamakan," katanya yang juga anggota Parlimen Kota Bharu dalam kenyataan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS