Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes amah tak dibayar gaji: Kami tuntut 'Tan Sri' didakwa - Saravanan

Kementerian Sumber Manusia akan memohon pendakwaan dilakukan terhadap dua indvidu berprofil tinggi, yang merupakan bekas majikan kepada pembantu rumah warga warga Indonesia yang didakwa melakukan eksploitasi dan buruh paksa.

Bercakap kepada Malaysiakini, menterinya, M Saravanan berkata kedua-dua kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) untuk tujuan pendakwaan.

Dia berkata majikan yang terlibat merupakan individu berprofil tinggi iaitu seorang 'Tan Sri' dan seorang bekas pegawai tinggi polis.

Pada Januari lalu, Malaysiakini melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia melarikan dari kediaman majikannya di Kota Damansara dan berhasrat memfailkan saman terhadap majikannya itu kerana tidak dibayar gaji selama 12 tahun.

Dia akhirnya menerima bayaran lebih RM100,000 daripada Tan Sri berkenaaan. Individu berkenaan tidak boleh dinamakan pada masa ini atas sebab perundangan.

“Setakat ini kami telah merujuk dua kes ini kepada Jabatan Peguam Negara.

"Kita ada banyak kes lain tapi ini adalah yang menonjol yang akan membuka mata bagi orang lain," kata Saravanan yang enggan mendedahkan lebih.

Saravanan berkata jika Peguam Negara memutuskan kes berkenaan boleh didakwa, identiti mereka akan didedahkan kepada umum.

Sementara itu Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mengalu-alukan berita mengenai keputusan menteri berkenaan sebagai respon terhadap isu yang turut dibangkitkan dalam pertemuan baru-baru ini.

“Kami senang melihat keghairahan menteri untuk meneliti setiap peringkat penguatkuasaan undang-undang termasuk peranan AG sebagai seorang pencegah (detterent),” katanya.

Bagaimanapun, dia menggesa penguatkuasaandilakukan terhadap semua kes tanpa tumpuan khusus diberikan terhadap kes berprofil tinggi.

Hermono berkata pembantu rumah sering tidak dibayar gaji oleh majikan yang merupakan satu elemen buruh paksa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS