Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6,623 kes baru Covid-19, terendah sejak 3 Feb
Diterbitkan:  Apr 18, 2022 8:58 AM
Dikemaskini: 1:15 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 6,623 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes sebanyak 4,389,025.

Angka itu merupakan yang terendah sejak 2 Feb apabila sebanyak 5,720 kes baru dilaporkan pada ketika itu.

Kes aktif kini berjumlah 103,901, turun 42.1 peratus berbanding 14 hari lepas.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (4,137)

Kuala Lumpur (500)

Perak (413)

Negeri Sembilan (330)

Johor (294)

Pulau Pinang (200)

Melaka (152)

Terengganu (133)

Sarawak (119)

Kedah (114)

Pahang (93)

Sabah (69)

Kelantan (36)

Putrajaya (16)

Perlis (13)

Labuan (4)

Sementara itu sebanyak 12 kematian dilaporkan semalam, di mana 8 daripadanya berlaku di luar hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 18.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 39 orang meninggal dunia dalam tempoh sebulan lalu, sekali gus menunjukkan penurunan.

Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,421 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 438 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini berbanding 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada bulan sebelumnya.

Negeri yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi ialah Kedah (4) diikuti Pulau Pinang (3), Sarawak (2), Melaka (1), Perak (1) dan Selangor (1).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS