Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dengan penamaan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri BN pada PRU akan datang, ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Noh Omar menyifatkan tiada lagi persaingan antara kem dalam parti itu.

Keputusan sebulat suara MT dalam menamakan Ismail menunjukkan telah menunjukkan perpaduan dalam Umno, katanya yang juga pengerusi Umno Selangor.

"Dengan pengumuman ini jangan ragu-ragu lagi, tiada dah kluster Putrajaya ke, kluster PWTC ke - tak ada dah dan ini menunjukkan perpaduan UMNO telah pun wujud.

"Kita berdoa BN akan kembali menang pada PRU akan datang dan insya-Allah ahli parlimen Bera (Ismail Sabri) terus menjadi perdana menteri," katanya ketika berucap dalam program di Bera, Pahang hari ini.

Ismail Sabri turut hadir dalam program itu.

Pada 14 April lalu, MT sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi PRU-15.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang memaklumkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan presiden, Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, dilihat terdapat pergeseran antara dua kumpulan dalam Umno - yang digelar sebagai “kluster menteri” dan “kluser mahkamah”.

"Kluster mahkamah" adalah istilah yang merujuk kepada kalangan pemimpin Umno yang berdepan tindakan mahkamah.

Mereka sebelum ini dilihat bergeser dengan kumpulan pemimpin Umno yang menjadi menteri - termasuk Ismail Sabri - terutama ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS