Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rumusan penghakiman kes 'basikal lajak' Johor
Diterbitkan:  Apr 15, 2022 4:02 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Pada Rabu, 13 April lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting yang berusia 27 tahun.

Hakim Abu Bakar Katar juga menolak permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut dan memerintahkan mereka supaya mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan terlebih dahulu.

Ini selepas pembebasannya oleh mahkamah majistret sebelum ini dibatalkan. Sam didakwa memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja yang sedang menunggang basikal lajak dalam kejadian lima tahun lalu.

Pada kejadian 18 Feb 2017 itu, selain lapan remaja terbunuh, dua lagi cedera parah, dan enam cedera ringan apabila kereta yang dipandu Sam merempuh mereka sekitar jam 3 pagi.

Mereka yang terbunuh ialah Mohamed Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.

Pada 2019, majistret Siti Hajar Ali melepas dan membebaskan Sam selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Siti Hajar sekali lagi membebaskan Sampada 2021 apabila Mahkamah Tinggi memerintahkannya membela diri.

Berikut adalah penghakiman tersebut:


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS