Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersatu terbuka untuk berbincang dengan parti lain - Muhyiddin
Diterbitkan:  Apr 14, 2022 5:50 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perbincangan masih berjalan dengan pihak yang sependapat dengan parti itu bagi mencapai kemenangan dalam PRU15.

"Saya fikir mungkin bulan puasa ini perlahan sikit (perjumpaan) tapi selepas raya apabila situasi mengizinkan dan ada kecenderungan dan minat pihak dari parti-parti mana sekalipun untuk bertemu dan berbincang cara bagaimana hendak hadapi strategi pilihan raya secara bersama-sama dan mengelakkan pertembungan antara satu sama lain, kita akan usahakan.

"Ini bukan sahaja bergantung pada pihak saya tetapi lebih baik dari pihak-pihak lain yang sependapat bahawa langkah sebegitu adalah wajar untuk kita menentukan kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, di Putrajaya hari ini.

Pada 2 April, Muhyiddin dalam hantaran di Facebooknya berkata selepas Pilihan Raya Negeri Johor, beliau didatangi beberapa pemimpin parti politik yang menyuarakan pandangan bahawa lebih baik parti-parti selain Barisan Nasional merintis suatu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU15.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS