Pereka grafik kontroversi Fahmi Reza sekali lagi dipanggil pihak polis untuk disoal siasat, hari ini, susulan satu lukisan terbarunya.
"Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman.
"Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Difahamkan siasat terhadap aktivis itu susulan satu lukisan satira yang dimuat naik di media sosial, malam tadi.
Sementara itu Fahmi berkata, polis memintanya untuk hadir ke balai petang ini.
"Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ini juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM!" katanya.