Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM masih siasat kes Rohana Rozhan
Diterbitkan:  Apr 13, 2022 6:34 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd Datuk Rohana Rozhan berhubung US$10 juta yang didakwa diberikan bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner.

Dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Amerika Syarikat, Leissner berkata dia memberi Rohana US$10 juta dan wanita itu membeli rumah di London.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata siasatan kes berkaitan Rohana masih lagi dijalankan.

“Proses penyiasatan masih lagi dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai diminta jangan membuat spekulasi tentang kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan Rohana bersetuju secara prinsip untuk memulangkan semula wang dan aset US$10 juta yang diberikan Leissner.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan siasatan terhadap bekas eksekutif kanan itu serta aset yang diberikan kepadanya sedang dijalankan oleh SPRM.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS