Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Parlimen beruk’: Bukan semua ahli politik tak baik, kata Zunar
Diterbitkan:  Apr 13, 2022 12:27 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Lukisan satira yang menggambarkan ahli parlimen sebagai beruk dan katak - yang dibeli oleh sultan Selangor - terus mencetuskan perbincangan awam.

Kartunis lantang kontroversi Zulkiflee SM Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar antara yang tampil menyentuh perkara itu.

Walaupun berpendapat pandangan artis harus dihormati, Zunar berkata “orang berkuasa” tidak harus mengesahkan lukisan itu kerana ia memberi iyarat yang salah.

“Apakah rakyat mahu diberitahu bahawa semua ahli politik itu buruk?” soalnya.

“Nanti kita akan menghadapi pilihanraya, apakah rakyat akan diberitahu bahawa jangan mengundi kerana semua ahli politik tidak bermoral?”

Melalui media sosial, Pejabat Diraja Selangor semalam mengumumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli lukisan tersebut.

Pejabat itu berkata berkata baginda berhasrat menggantung lukisan itu di bilik kerja peribadi dan melelongnya suatu hari nanti untuk disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan. 

Lukisan itu mirip karya artis jalanan Inggeris Banksy bertajuk Devolved Parliament yang dilelong dengan harga  AS$12.2 juta (RM51.64 juta) pada 2019. 

Devolved Parliament dilukis untuk menyindir ahli parlimen British.

Katanya, sepatutnya rakyat diberitahu bahawa bukan semua ahli politik tidak baik dan yang harus ditolak hanya golongan yang rasuah, melompat, mengkhianati rakyat dan ponteng palimen. 

“Ahli politik yang bagus masih ada. Pilih mereka!” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS