Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli DAP Paloh direman tiga hari bawah Akta Hasutan

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata Mahkamah Majistret Johor Baru awal pagi ini membenarkan perintah reman tiga hari terhadap S Murugan, 43 tahun, salah seorang petugas kempennya di Paloh.

“Murugan dijemput polis dari rumahnya di Paloh dan dibawa ke Johor Baru kerana laporan polis terhadapnya dibuat di Iskandar Puteri.

"Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dikatakan berhubung dengan catatan Facebooknya yang didakwa menggalakkan kaum India supaya tidak mengundi MIC," kata Sheikh Omar kepada Malaysiakini ketika dihubungi selepas pendengaran reman.

"Murugan adalah ahli DAP Paloh yang setia bekerja untuk parti dan membantu saya sejak pilihan raya umum ke-14 lalu," kata bekas Adun Paloh itu yang hadir di mahkamah pagi ini.

Pada PRN Johor lalu, Sheikh Omar gagal mempertahankan kerusi Paloh menentang Lee Ting Han dari BN dari MCA.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS