Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kakitangan awam Johor dapat setengah bulan gaji'

Kira-kira 13,400 kakitangan awam di Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata pemberian itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 April lepas dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.81 juta.

Beliau berkata pemberian itu turut melibatkan kakitangan di bawah Skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

“Pemberian bantuan ini adalah keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sempena menyambut ketibaan lebaran pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan, di Johor Bahru, hari ini.

Azmi berkata pembayaran akan dibuat pada 28 April dan semakan kelayakan boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS