Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Annuar: RUU antilompat parti perlu kajian mendalam

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti memerlukan kajian dan penelitian mendalam sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung tindakan lompat parti timbul pada masa akan datang.

“Apabila nak lakukan perkara (gubal rang undang-undang) ini ia tidak semudah yang kita fikir kerana kita sedang fikirkan kaedah mana, sama ada segala dibuat one shot dalam Perlembagaan sahaja atau lebih tertib pinda klausa dalam Perlembagaan sebagai dasar...kalau tidak rang undang-undang ini boleh jadi batal dan tidak sah.

“Kita dah ada pengalaman undang-undang anti lompat parti (yang) dah diwujudkan di Kelantan tetapi apabila kes dibawa ke mahkamah (misalnya) dalam kes Nordin Salleh yang menjadi rujukan kita sekarang, mahkamah membuat keputusan undang-undang itu tak boleh pakai kerana bercanggah dengan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilapor berkata rang undang-undang berkenaan tidak akan dibentangkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat , Isnin ini (11 April).

[Berita lanjut menyusul]

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS