Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Khairy alu-alukan pihak untuk buat kajian ganja dalam perubatan
Diterbitkan:  Apr 6, 2022 5:01 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kajian klinikal terhadap penggunaan ganja dalam perubatan boleh dilakukan.

Khairy berkata, setiap dasar perlu berasaskan bukti dan setakat ini belum ada kajian klinikal yang lengkap diterima Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mutakhir ini banyak perbincangan berkenaan penggunaan ganja dalam perubatan.

“KKM konsisten mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itu kita telah mengalu-alukan kajian klinikal berkenaan penggunaan CBD (minyak cannabis) untuk tujuan perubatan,” katanya di Twitter hari ini.

Khairy berkata kajian klinikal boleh dikoordinasikan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal di bawah Institut Kesihatan Negara.

“Setakat ini, belum ada permohonan penuh untuk kajian/percubaan klinikal. Banyak yang suarakan minat dan advokasi di media sosial.

“KKM mengalu-alukan penyelidikan oleh industri dan akademia untuk penggunaan CBD dalam perubatan. Kami sedia bekerjasama,” katanya lagi.

Sebelum ini dia menjelaskan ganja perubatan masih dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya  1952.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS