Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mayat Orang Asli maut akibat banjir kilat ditemui selepas 5 hari
Diterbitkan:  Apr 2, 2022 6:14 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Mayat seorang wanita Orang Asli yang terbunuh selepas dihanyutkan arus Selasa lalu ditemukan hari ini.

Usaha mencari dijalankan pihak berkuasa selama lima hari, di tengah-tengah kawasan lumpur dan serpihan kayu yang turut dihanyutkan dalam banjir kilat yang berlaku.

Mangsa, Mariam Bertampa, 62, tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Ubi berhampiran Bharat Tea di Cameron Highlands.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam satu kenyataan berkata, dia dipercayai cuba menyeberangi Sungai Ubi ketika dihanyutkan.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cameron Highlands berkata tiga lagi wanita daripada keluarga yang sama telah terperangkap dalam kepala air itu tetapi terselamat.

Mayat Mariam ditemukan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh.

Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS