Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sri Lanka isytihar darurat susulan krisis ekonomi
Diterbitkan:  Apr 2, 2022 2:46 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

GLOBAL | Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi di Sri Lanka, lapor Xinhua.

Menurut Rajapaksa pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat.

Darurat akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai Jumaat.

Sri Lanka dicengkam krisis ekonomi sejak beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan kekurangan bahan api, tenaga elektrik dan pertukaran asing.

Pada Khamis, penunjuk perasaan mengadakan protes di luar kediaman Rajapaksa menuntut kerajaan menyelesaikan segera masalah gangguan elektrik.

PM Mahinda Rajapaksa hadir ke kediaman adiknya Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Protes kemudian bertukar menjadi ganas menyaksikan berpuluh-puluh penunjuk perasaan ditahan.

Ekoran itu, perintah berkurung dikuat kuasa di beberapa kawasan di Colombo sebelum ditarik balik pada Jumaat pagi.

Pada tengah malam hari yang sama polis sekali lagi mengenakan perintah berkurung di wilayah barat dan dijadual ditarik balik pada Sabtu pagi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS