Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis kesan taktik baru Macau Scam guna gambar waran tangkap

Polis mengesan taktik baru sindiket Macau Scam yang menghantar gambar kononnya waran tangkap bagi memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din berkata sindiket terbabit akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan mahkamah sebelum menghantar gambar waran tangkap berkenaan.

Dia berkata polis tidak akan menghantar gambar waran tangkap kepada individu terlibat dan ia hanya ditunjukkan secara fizikal semasa tangkapan dilaksanakan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan kegiatan jenayah oleh mana-mana pihak yang tidak dikenali serta taktik digunakan sindiket ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Kamarudin berkata orang ramai boleh melakukan semakan dengan pihak polis dengan menghubungi CCID Scam Response Center menerusi talian 03-26101559.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS