Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan batal kontrak, tender semula projek ladang hutan 12,000 hektar

Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.

Menteri Besar Ahmad Yakob berkata selain pembatalan kontrak, kerajaan negeri turut merampas deposit serta mengenakan denda berkaitan terhadap syarikat yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kami batalkan kontrak dan tawar semula dalam bentuk tender baru kepada syarikat yang berminat untuk mengusahakan semula projek ladang hutan," katanya pada sidang DUN Kelantan ke-14, di Kota Bharu, hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang ingin mengetahui keluasan terkini yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk projek ladang hutan.

Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan berkata keluasan Zon Pembangunan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Kelantan yang telah diluluskan oleh mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 9 Ogos 2012 adalah 199,000 hektar.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS