Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
144 kawasan di Gombak, KL dijangka alami gangguan bekalan air tak berjadual

Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching di Kuala Lumpur.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja pembaikan injap bocor itu akan dilaksanakan bermula 11 pagi esok (30 Mac) dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama.

"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 31 Mac," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan itu dilaksanakan.

"Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," menurut kenyataan itu.

Perkembangan berkaitan gangguan bekalan air itu akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS