Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AS pertimbang tarif import panel solar dari M'sia, 3 negara lain

Pegawai perdagangan Amerika Syarikat hari ini berkata mereka akan menjalankan siasatan yang boleh menjejaskan kadar tarif panel solar diimport dari empat negara Asia Tenggara, dengan pemaju tenaga bersih yang bergantung pada import murah untuk mengurangkan kos mereka, akan turut terkesan, lapor Reuters.

Empat negara tersebut ialah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Keputusan Jabatan Perdagangan AS berhubung perkara itu merupakan satu kemenangan bagi Auxin Solar.

Syarikat berpangkalan di San Jose, California-based itu baru-baru ini meminta siasatan dijalankan dengan alasan pengeluar di China memindahkan operasi mereka ke empat negara terbabit untuk mengelak daripada membayar duti kepada AS selama hampir sedekad.

Petisyen Auxin Solar itu adalah yang terbaru dalam usaha pengeluar solar AS mengekang kemasukan panel solar murah dari Asia yang menyebabkan produk mereka tidak dapat bersaing di pasaran.

Kumpulan perdagangan industri solar berkata hanya dengan siasatan dijalankan ia akan melumpuhkan pembangunan projek dan menjejaskan perkembangan AS menangani perubahan iklim dengan segera.

Presiden AS Joe Biden menetapkan sasaran untuk menghentikan sektor elektrik negara itu daripada menggunakan bahan api fosil menjelang 2035.

Import dari empat negara terbabit menyumbang kira-kira 80 peratus daripada panel solar yang dijangka dipasang di As pada tahun ini, kata kumpulan industri American Clean Power Association.

"Keputusan ini merencatkan pembangunan dalam industri solar AS secara efektif,” kata ketua pegawai eksekutif persatuan itu, Heather Zichal kepada pemberita.

“Secara jujurnya, tindakan Jabatan Perdagangan AS untuk memulakan siasatan ini adalah satu bencana bagi industri kami," tambahnya.

Dalam memo yang disiarkan di laman web Jabatan Perdagangan, pegawainya berkata Auxin Solar memberikan maklumat yang menunjukkan bahawa syarikat solar yang beroperasi di empat negara itu adalah anak syarikat pengeluar besar China.

Produk yang dibuat di sana tertakluk kepada duti tertentu dikenakan AS jika dihasilkan di China.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS