Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tahanan 'mati akibat gantung' di lokap IPD di Pulau Pinang
Diterbitkan:  Mar 27, 2022 10:29 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Polis melaporkan kes kematian tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada 23 Mac 2022

Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman Allaudeen Abdul Majid berkata bedah siasat menyimpulkan si mati meninggal dunia akibat gantung tetapi tidak mendedahkan keadaan bagaimana ia berlaku.

"Postmortem telah dijalankan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 24 Mac 2022.

"Hasil postmortem mendapati punca kematian adalah 'death by hanging'.

"Walau bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelabagi sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Tahanan berkenaan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS