Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tian Chua sah tak pertahan jawatan naib presiden PKR

 

Pemimpin PKR Tian Chua berkata dia tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Ketika dihubungi, dia mengesahkan bahawa tidak akan bertanding dalam mana-mana jawatan di peringkat pusat pada pemilihan yang dijadual berlangsung Mei ini.

"Benar, saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam jawatan-jawatan untuk pemilihan kali ini.

"Saya membuat keputusan setelah berfikir secara panjang. Saya telah berkhidmat dalam parti ini dalam pimpinan pusat sejak penubuhan parti.

"Saya juga percaya bahawa sekiranya ingin berkhidmat dan menyumbang kepada parti saya tak semestinya menduduki mana-mana jawatan tinggi," katanya kepada Malaysiakini.

Tian Chua merupakan antara tokoh Reformasi akhir 1990-an dan merupakan antara pemimpin awal PKR.

Dia menjadi naib presiden PKR sejak 2010. Dia juga merupakan ahli parlimen Batu sejak 2008 sebelum dilarang bertanding pada PRU lalu.

Sementara itu, Tian Chua berpendapat bahawa pemilihan kali ini sangat mencabar.

"Saya rasa pemilihan ini ada keadaan yang sangat mencabar di mana kita telah lihat PRU sangat dekat dan juga perlu menyusun balik kerja-kerja kita di akar umbi.

"Bagi saya tidak perlu memegang jawatan tinggi tapi saya tetap bersama dengan parti. Saya cuba apa sahaja yang saya boleh untuk pastikan parti menang ini menang PRU akan datang," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS