Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20,923 kes baru, 34 lagi korban
Diterbitkan:  Mar 27, 2022 11:37 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 20,923 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,122,004.

Kes aktif pula sebanyak 242,487, turun 25.1 peratus berbanding 323,795 kes pada 14 hari lalu.

Sebanyak 34 lagi kematian berkaitan Covid-19 turut dilaporkan semalam, dan lapan daripadanya diisytiharkan meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata 67.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 74.3, menunjukkan aliran menurun.

Sejak permulaan wabak ini pada Mac 2020, sebanyak 34,751 kematian berkiatan Covid-19 telah dilaporkan di Malaysia.

Terdapat 1,968 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,049 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi semalam ialah Johor dan Kedah yang masing-masing mencatatkan enam kes. Ini diikuti Selangor (5), Perak (3), Pulau Pinang (2), Pahang (2), Sarawak (2), Sabah (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (1) dan Kelantan (1).

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Terdapat 5,430 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dengan 302 daripadanya berada dalam unit rawatan rapi (ICU).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS