Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
24,316 kes baru Covid-19, korban bertambah 64
Diterbitkan:  Mar 25, 2022 8:28 AM
Dikemaskini: 12:28 AM

Kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,079,242 dengan pertambahan 24,316 kes baru yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Jumlah kes aktif pula menurun 23.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut ialah jumlah kes baru semalam berdasarkan negeri:

Selangor: 11,692
WP Kuala Lumpur: 2,425
Pulau Pinang: 1,577
Sarawak: 1,400
Perak: 1,324
Kedah: 1,252
Johor: 986
Negeri Sembilan: 888
Pahang: 631
Melaka: 594
Kelantan: 436
Sabah (436)
Terengganu: 430
Perlis: 90
WP Putrajaya: 84
WP Labuan: 71

Sementara itu sebanyak 64 lagi kematian baru yang berkaitan Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 18 kes meninggal sebelum sempat dirawat di kemudahan kesihatan (BID).

Sejak minggu lepas, purata 68.4 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 74.4 dan ia menunjukkan trend menurun.

Sehingga kini seramai 1,915 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 sepanjang bulan ini berbanding 771 kematian pada bulan lalu dan 491 pada Jan.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,664 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Berikut adalah pecahan kes kematian mengikut negeri: Johor (11), Perak (9), Kedah (8), Selangor (8), Melaka (5), Negeri Sembilan (4), Pahang (4), Sarawak (4), Terengganu (3), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Sabah (2), Perlis (1), WP Kuala Lumpur (1).

Setakat semapam juga seramai 6,019 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 321 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS