Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua whip kerajaan tidak hadir semasa pengundian Sosma
Diterbitkan:  Mar 24, 2022 3:32 PM
Dikemaskini: Mar 25, 2022 2:12 AM

Nota editor: Laporan ini pada mulanya silap menyatakan Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai ketua whip PAS. Kesilapan ini dikesali.

PARLIMEN l Dua whip kerajaan - ahli parlimen yang bertanggungjawab memastikan disiplin parti di kalangan rakan-rakannya - tidak hadir semasa pengundian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) semalam.

Mereka ialah Azmin Ali (PN-Bersatu) dan Ahmad Zahid Hamidi (BN-Umno).

Di pihak pembangkang pula whipnya, Johari Abdul (PH-PKR) juga tidak hadir.

Ini adalah menurut Hansard persidangan Dewan Rakyat semalam berhubung usul untuk membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret mengikut Akta Sosma selama lima tahun lagi selepas 31 Julai tahun ini.

Berdasarkan Hansard, terdapat 50 ahli parlimen yang tidak hadir. Sebahagian daripada mereka mempunyai alasan yang sah, termasuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) dan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua BN dan PN masing-masing mempunyai 13 ahli parlimen tidak hadir, manakala Gabungan Parti Sarawak pula mempunyai tiga wakil rakyatnya yang tidak hadir.

Berdasarkan rekod hansard, secara keseluruhan terdapat 32 ahli parlimen yang tidak hadir di pihak bangku kerajaan semasa pengundian.

Bagaimanapun, keputusan itu dipinda di Dewan Rakyat semalam ekoran Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) - yang merupakan ketua blok untuk pengiraan undi - menjelaskan yang dia tersilap tanda Idris Jusoh (BN-Besut) sebagai tidak hadir, sedangkan sebaliknya dia menyokong pindaan RUU Sosma berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun, menerima penjelasan berkenaan dan meminda keputusan undian menjadi 85-86.

Ia bermakna kerajaan kalah dengan hanya satu undi sahaja.

Senarai penuh ketidakhadiran berdasarkan gabungan (jika ada) mereka, adalah seperti berikut:

Kerajaan

Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam)
Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk)
Annuar Musa (BN-Ketereh)
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)
Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong)
Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar)
Najib Abdul Razak (BN-Pekan)
Ahmad Maslan (BN-Pontian)
Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Putrajaya)
Hasan Arifin (BN-Rompin)
Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong)
M Saravanan (BN-Tapah)
Mohd Redzuan Yusof (PN-Alor Gajah)
Kamarudin Jaffar (PN-Bandar Tun Razak)
Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang)
Azmin Ali (PN-Gombak)
Eddin Syazlee Shith (PN-Kuala Pilah)
Mohamaddin Ketapi (PN-Lahad Datu)
Abdul Hadi Awang (PN-Marang)
Mansor Othman (PN-Nibong Tebal)
Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh)
Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas)
Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh)
Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah)
Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor)
Jeffrey Gapari Kitingan (Star-Keningau)
Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar)
Tiong King Sing (GPS-Bintulu)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong)
Mohd Khairuddin Aman Razali (Bebas-Kuala Nerus)
Maximus Johnity Ongkili (PBS -Kota Marudu)

Pembangkang

Dr Mahathir Mohamad (Pejuang - Langkawi)
Shahruddin Md Salleh (Pejuang - Sri Gading)
Kelvin Yii Lee Wuen (PH - Bandar Kuching)
Lim Kit Siang (PH - Iskandar Puteri)
Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baru)
Dr Michael Teo Yu Keng (PH - Miri)
Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH - Pandan)
Nurul Izzah Anwar (PH - Permatang Pauh)
Maria Chin Abdullah (PH - Petaling Jaya)
Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson)
Awang Husaini Sahari (PH - Putatan)
Maszlee Malik (PH - Simpang Renggam)
Johari Abdul (PH - Sungai Petani)
Christina Liew Chin Jin (PH - Tawau)
Masir Kujat (PSB - Sri Aman)
Ma'mun Sulaiman (Warisan - Kalabakan)
Ahmad Hassan (Warisan - Papar)
Mohd Shafie Haji Apdal (Warisan - Semporna)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS