Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ULASAN | Sapura Energy: Antara rakyat dan politik

Pada tahun 2019, ketika Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan negara, menteri kewangan Lim Guan Eng memberikan berita “gembira” bahawa FDI meningkat, Sapura Upstream bertukar menjadi Sapura-OMV. 

Ketika itu, FDI yang dikatakan meningkat sebenarnya hasil penjualan 50% kepentingan Sapura Upstream kepada Austria, sebanyak RM 3.7 billion. 

Rakyat perlu sedar, pelaburan asing yang diuar-uarkan oleh Lim ketika itu adalah penjualan aset negara. 

Hutang Sapura bermula ketika kos membeli aset Seadrill Ltd (RM8.78 Billion) dan Newfield Exploration Co (RM2.83 Billion). 

Hutang ini merupakan hutang jangka panjang dan tidak perlu dibayar secara terus. 

Isunya terjadi apabila aliran tunai Sapura makin tenat ketika pengurusan terdahulu dan kerajaan PH menyuntik RM4 billion melalui PNB untuk mengurangkan hutang. 

Akibatnya, kepentingan PNB meningkat dari 12% kepada 40%. Duit PNB adalah pelaburan rakyat. 

Setelah pertukaran pengurusan pada tahun 2020, prestasi kewangan Sapura bertambah baik, daripada kerugian RM 252 juta (tahun 2020), kepada pendapatan RM810 juta (tahun 2021) berdasarkan margin EBITDA. 

Kini Sapura diterajui oleh pengerusinya Shamsul Azhar Abbas yang merupakan bekas CEO Petronas dan pengurusan pula diterajui oleh Anuar Taib, juga merupakan bekas pengurusan tertinggi Petronas dan Shell. 

Kerajaan disarankan menyelamatkan dana PNB yang dilaburkan ketika PH agar pelaburan rakyat tidak hangus begitu sahaja dek mainan dan sentimen politik. 

Namun begitu, ditegaskan, PNB, melalui Sapura, perlu mengehadkan pengagihan pendapatan kepada individu-individu berkepentingan dalam syarikat itu. 

Berdasarkan Laporan Kewangan 2021, sebanyak RM10.5 juta diagihkan kepada 18 orang ahli-ahli lembaga pengarah dan pengarah eksekutif. 

Ini tidak masuk akal di kala PNB terpaksa menyuntik dana rakyat untuk menyelamatkan syarikat negara. 


SHAHIR ADNAN berkhidmat sebagai ketua Pemuda, Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencermikan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS