Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya di bilik sewa pasangan terbabit di sebuah bangunan di Segama Kota Kinabalu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata suspek yang berusia 31 tahun itu menghubungi talian MERS999 pada jam 11.47 malam.

Katanya suspek memaklumkan dia telah menetak isterinya dengan menggunakan senjata tajam sehingga tidak sedarkan diri dan mahu menyerah diri.

"Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu dan berlaku pertengkaran sebelum suspek menyerang isterinya yang berusia 23 tahun," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat mangsa diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth bagi proses calitan Covid-19 dan bedah siasat.

Katanya suspek yang juga merupakan pemegang pas IMM13 bekerja sebagai buruh binaan. Dia akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS