Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beri 3-5 tahun pada PKS untuk laksana gaji minimum - MCA
Diterbitkan:  Mar 23, 2022 12:29 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Kerajaan disarankan memberikan tempoh antara tiga hingga lima tahun kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebelum mewajibkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada pekerja bidang itu.

Jurucakap MCA Saw Yee Fung berkata PKS tidak seharusnya dibiarkan gulung tikar pada saat industri ini baru hendak pulih akibat pandemik Covid-19.

Perkata itu, katanya, sekali gus menyebabkan pekerja mereka hilang terus pendapatan.

“ Saya yakin pelaksanaannya secara berperingkat akan memberikan peluang kepada PKS untuk lebih berdaya saing dan merancakkan kembali ekonomi negara apabila mereka kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini dengan penguatkuasaan melibatkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS