Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 22,341 kes baru, 85 kematian
Diterbitkan:  Mar 20, 2022 8:35 AM
Dikemaskini: 12:35 AM

Sebanyak 22,341 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,974,019.

Terdapat 283,276 kes aktif pada masa ini, berkurang lapan peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (7,366)

Kuala Lumpur (3,078)

Pulau Pinang (1,928)

Negeri Sembilan (1,405)

Perak (1,403)

Kedah (1,353)

Johor (1,286)

Sarawak (1,177)

Pahang (1,009)

Melaka (639)

Kelantan (540)

Sabah (421)

Terengganu (413)

Putrajaya (128)

Perlis (123)

Labuan (72)

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan terdapat 85 lagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia, termasuk 23 yang mati sebelum dirawat di hospital.

Kes kematian akibat Covid-19 semalam dilaporkan di Johor (18) Perak (17), Selangor (15), Kedah (10), Pulau Pinang (5), Melaka (4), Pahang (4), Kelantan (3), Kuala Lumpur (3), Sabah (2), Sarawak (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).

Sejak minggu lepas, purata 87 orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak ini, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 69.6 - menunjukkan trend peningkatan.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,329 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan.

Sebanyak 1,580 mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 771 kes kematian pada bulan lepas dan 491 kes kematian pada bulan Januari.

Malaysia menjadi negara dengan kes kematian per kapita tertinggi di Asia Tenggara dan Asia Timur, dengan 1,038 kes bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Sebanyak 7,164 pesakit Covid-19 kini sedang menerima rawatan di hospital, dengan 390 daripadanya mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS