Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU15: Warisan terbuka jalin kerjasama pintar termasuk dengan BN, GRS
Diterbitkan:  Mar 19, 2022 5:43 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Parti Warisan (Warisan) terbuka untuk mengadakan kerjasama pintar dengan mana-mana parti termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun katanya, Warisan akan membuat penilaian terperinci terhadap bakal parti rakan kongsi dan bentuk kerjasama pintar itu bagi memastikan ia seiring dengan perjuangan Warisan untuk mempertahankan kepentingan Sabah, inklusif dan memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia.

“Kita perlu terbuka untuk memastikan kita dapat mengukuhkan parti kerana kita sedar dan tahu kalau kita bersendirian agak tidak mudah.

"Kalau pun ada perkongsian atau kerjasama pintar, konsepnya seperti dilakukan Sarawak, bekerjasama rapat dengan kerajaan memerintah,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Mohd Shafie berkata Warisan juga terbuka menjalin kerjasama pintar dengan mana-mana parti yang bakal menerajui kerajaan di peringkat Persekutuan selepas PRU15 kelak demi membentuk kerajaan lebih stabil, dan dalam masa sama, mengangkat mandat diberikan rakyat dalam pilihan raya berkenaan.

“Tapi apa yang penting sekarang ialah kami perlu mempersiapkan parti untuk menghadapi PRU15 akan datang.

"Langkah pertama memperkukuhkan parti dan kawasan diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Warisan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS