PAU 2021 | Umno perlu membebaskan dirinya daripada sebarang 'kluster' kata salah seorang pemimpin kanannya, Reezal Merican Naina Merican.
Menurut anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno itu apa yang diperlukan oleh parti itu ialah 'kluster kasih sayang' bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dengan itu juga katanya Umno boleh kembali menjadi parti dominan dalam kerajaan.
"Kami nak terhindar daripada (ada) mana-mana kluster. Tak ada lagi kluster mahkamah, kluster kalah, kluster menang (atau) kluster kayangan.
"Yang ada ada dalam Umno ini ialah kluster kasih dan sayang yang boleh menjadi tekad utama untuk kita membawa kemengangan yang jauh lebih dominan untuk kestabilan negara dan kerajaan," katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Reezal Merican apa yang paling penting untuk Umno ialah rakyat mendapat manfaat daripada kemenangan mereka dalam PRU ke-15 nanti.
Dia juga menegaskan ketika ini parti pembangkang sedang bermasah serta kucar-kacir, justeru memang wajar PRU diadakan segera.
Misalnya, kata ahli parlimen Kepala Batas itu lagi, PKR yang sedang berdepan desakan untuk mendapat kepemimpinan baru.