Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno dijangka lulus usul gesa PRU dipercepat esok

PAU 2021 | Umno dijangka akan meluluskan usul bagi menggesa supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 disegerakan.

Parti itu juga diyakini akan menyokong ususl pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan selepas sesebuah PRU dijalankan.

Menurut salah seorang pemimpin tertinggi Umno, dua usul itu adalah antara cadangan utama akan dibentangkan pada hari akhir persidangan bagi mendapatkan sokongan daripada lebih 5,000 perwakilan.

"Usul utama yang akan dibawa pada persidangan esok adalah bagi menggesa PRU ke-15 dipercepatkan, serta usul pemilihan parti ditangguhkan selepas PRU diadakan bagi mengelak perpecahan dalaman parti.

"Dua usul utama ini dijangka akan mendapat sokongan majoriti perwakilan Umno dan menjadi hala tuju kepada persiapan menghadapi PRU ke-15," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan tersebut penting kepada parti terbabit bagi memastikan perpaduan ahli tidak dirosakkan oleh kesan pemilihan.

"Jangan terpengaruh dengan usaha-usaha memaksa pemilihan parti disegerakan.

“Jika ada pemilihan sebelum pilihan raya, berapa ramai kepimpinan pemuda di hadapan saya ini yang akan bertukar ganti? Bukan kerana ditolak, tetapi kerana batasan umur.

"Dengan masa yang pendek, apakah kita mampu membentuk semula barisan baru yang berpengalaman dan kuat untuk menghadapi peperangan?" katanya.

Cadangan senada turut disuarakan Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan dalam ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2021.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS